Akar saga
Abrus precatorius · Rosarypea
Bahasa lain: English · 日本語 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Pokok akar saga atau Akar Belimbing, Saga Kenari, Saga Akar, Saga Betina , Saga Laut, atau pokok tasbih (Abrus precatorius) (bahasa Inggeris: Jequirity, Black-eyed Susan, Rosary Pea atau Indian Licorice) adalah sejenis tumbuhan legum yang mempunyai daun-daun pinat yang kecil. Bijinya banyak digunakan sebagai manik serta di dalam peralatan muzik. Bijinya amat beracun tetapi kurang berbahaya jika ditelan memandangkan biji saga mempunyai lapisan kulit yang tebal. Toksin yang terkandung di dalam biji saga mempunyai hubungan rapat dengan sejenis ricin dipanggil abrin. Ia merupakan sejenis dimer yang terdiri daripada dua subunit protein, dinamakan jenis A dan B. Rantaian B berfungsi mengangkut abrin ke dalam sel dengan mengikat kepada beberapa protein pengangkutan ke membran sel, yang kemudian mengangkut toksin tersebut ke dalam sel. sebaik sahaja berada di dalam sel, rantaian A mencegah sintesis protein dengan menyahaktifkan sub-unit 26S di dalam ribosom. Satu molekul abrin boleh menyahaktifkan sehingga 1,500 ribosom sesaat. Tanda-tanda keracunan adalah sama seperti ricin, kecuali dos maut bagi ricin adalah lebih kurang 75 kali ganda daripada dos maut abrin.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Akar saga, CC BY-SA 4.0.