Plant Wiki › Golden Trumpet or Buttercup Flower
Allamanda
Allamanda · Golden Trumpet or Buttercup Flower
Bahasa lain: English · 中文 · Español

Allamanda ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Apocynaceae. Ia tempatan dari Amerika iaitu bertaburan dari Mexico ke Argentina. Beberapa spesies ditanam menjadi tanaman hiasan untuk bunga besarnya yang berwarna. Kebanyakan spesies mengeluarkan bunga kuning namun A. blanchetii berbunga dadu. Genus ini dinamakan Allamanda menghormati pakar tumbuhan dan perubatan Swiss, Frédéric-Louis Allamand (1736–1809). Ia turut disebut akar kuning, janda kaya dan alamanda dalam bahasa Melayu.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Allamanda, CC BY-SA 4.0.