Kucai
Allium tuberosum · Chinese chives
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Kucai (Jawi: کوچاي; nama botani: Allium tuberosum) ialah daripada gugusan tanaman bawang yang sesuai untuk ditanam untuk tujuan hiasan (ia berbunga) dan sebagai sayuran. Kucai berasal dari Shanxi, ditanam dan ternaturalisasi mana-mana di Asia dan seluruh dunia. Kucai boleh hidup di atas banyak jenis tanah. Terbaiknya adalah di atas tanah yang agak dalam dan dipenuhi dengan kompos dan bahan organik. Kucai tidak perlu banyak dibaja semasa pembesarannya, sekiranya tanah tadi mempunyai bahan kompos dan organik yang baik. Tanaman ini mengambil sedikit ruang dan boleh dimakan keseluruhanya (dari pucuk sampai bawangnya). Jika bunganya tak dicantas ia sesuai untuk dijadikan hiasan pinggan dengan bunganya yang berwarna ungu. Variasi kucai yang popular ialah Kucai Cina yang mempunyai haruman seakan bawang putih pada daunnya. Bunganya pula berwarna putih.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Kucai, CC BY-SA 4.0.