Gobō
Arctium lappa · Greater burdock
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Español

Gobō (bahasa Jepun: 牛蒡 • ごぼう "pucuk lembu"; bahasa Cina: gû-bō Hok., ngau4 bong2 Kan.) adalah spesis Arctium lappa serumpun bunga matahari asal China. Ia mula dirakam kegunaannya dalam Kitab Rampai Tabib Masyhur (名医別録 Míngyǐ Bíelǘ) zaman Liang di bawah nama 悪実 ("buah pahit") sebelum kemudiannya dijelas dalam Kitab Bertani (農書 Nóngshū) pada zaman Song Utara. Pucuk lembu diperkenalkan ke Jepun dari China sebagai tumbuhan berubat pada zaman Heian namun lelama ditanam sebagai sayur; musim paling utamanya pada Jun-Julai. Akar pucuk lembu diracik dan direndam 5-10 minit supaya hilang pahitnya sebelum dimasak: boleh digoreng celup tepung, atau gaul bersama racikan lobak merah dibuat kinpira seakan rojak bercalit kicap. Akar dan dedaunnya juga dimakan di Korea (sebagai 우엉 u'eong).
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Gobō, CC BY-SA 4.0.