Plant Wiki

Plant Wiki › Betel palm

Pinang

Areca catechu · Betel palm

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Pinang
Foto: Betel palm

Pokok pinang (nama saintifik: Areca catechu) merupakan satu spesis tumbuhan palma yang tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia, dan bahagian-bahagian Afrika timur. Pokoknya bersaiz sederhana dengan ketinggiannya mencecah 20 meter, dengan diameter batangnya setebal 20-30 sm. Daunnya berukuran 1.5-2m panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. Pinang ditanam untuk memperoleh buahnya yang penting dari segi ekonomi sebagai kunyahan memberi rasa keasyikan digandingkan bersama sirih. Ia mempunyai sejarah yang lama dalam kebudayaan alam orang Melayu; bahkan ia antara empat jenis pokok palma yang disebut-sebutkan dalam Batu Bersurat Talang Tuwo tahun 684 M: ñiyur pinaṃ hanāu ru-/mviya dṅan samiśrāña yaṃ kāyu nimākan vuaḥña ("nyiur, pinang, enau, rumbia dengan [seumpamanya] yang kayu dimakan buahnya...") Warna jingga dahulu disebut juga "merah pinang" sempena warna buah masaknya.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Pinang, CC BY-SA 4.0.