Plant Wiki

Plant Wiki › Buddha's hand

Citrus medica var. sarcodactylis

Citrus medica var. sarcodactylis · Buddha's hand

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Citrus medica var. sarcodactylis
Foto: Buddha's hand

Citrus medica var. sarcodactylis ialah sejenis buah sitron berbentuk unik memecah kepada bentuk melonjong seakan jari-jemari suatu tangan. Bentuknya yang unik memberi pelbagai nama setempat: limau jari, limau/jeruk tangan atau limau/jeruk tangan Buddha (Bahasa Cina: 佛手柑; pinyin: fóshǒugān, Jepun: 仏手柑 bushukan, Korea: 불수감 bulsugam) kerana dipercayai menyerupai gambaran tangan Buddha limau kuku harimau kerana boleh menyerupai kaki berkuku harimau. Buah ini mempunyai kelainan dari buah-buah sitrus lain di mana ia tidak mengandungi isi mahupun sari buah; kulitnya digunakan sebagai bahan pewangi bilik dan pakaian. Ia juga dijadikan barangan sembahyang dalam sesetengah penganut agama Buddha.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Citrus medica var. sarcodactylis, CC BY-SA 4.0.