Plant Wiki

Plant Wiki › Elephant Ear

Colocasia

Colocasia · Elephant Ear

Bahasa lain: English · 日本語 · Bahasa Indonesia · Español

Colocasia
Foto: Elephant Ear

Colocasia ialah genus tumbuhan berbunga dalam keluarga Araceae. Tumbuhan ini tempatan dari Asia Tenggara dan benua kecil India. Di Malaysia, tumbuhan ini disebut talas atau keladi. Talas ditanam untuk mendapatkan umbinya yang merupakan sumber karbohidrat yang cukup penting. Hampir keseluruhan spesies dalam genus ini boleh dimakan. Contohnya, talas betul (Colocasia esculenta), talas telur (Colocasia antiquorum) dan talas padang (Colocasia gigantea). Walaupun begitu, ubi tumbuhan ini turut mengandungi getah yang boleh menyebabkan kegatalan walaupun berbeza kandungannya. Oleh itu, talas atau ubi keladi harus dimasak terlebih dahulu sebelum dimakan. Pemakanannya juga tidak boleh berlebihan kerana boleh menyebabkan masalah kembung perut dan gangguan sistem pencernaan.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Colocasia, CC BY-SA 4.0.