Plant Wiki

Plant Wiki › Cucumber

Timun

Cucumis sativus · Cucumber

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Timun
Foto: Cucumber

Timun (Jawi: ‏تيمون‎‎ turunan kata akar Proto-Austronesia *qatimu) atau mentimun (Jawi: ‏منتيمون‎‎, Cucumis sativus) merupakan sejenis buah tumbuhan yang dimakan sebagai sayur dan ditanam sebagai makanan sejak 3000 tahun dulu. Timun boleh dimakan secara mentah atau segar dan juga diterapkan dalam masakan. Timun yang juga dikenali sebagai mentimun atau nama saintifiknya Cucumis sativus, mengandungi 0.65% protein, 0.1% lemak dan karbohidrat sebanyak 2.2%. Selain itu timun juga mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2 dan vitamin C. Biji timun mengandungi racun alkoloid jenis hipoxanti ,yang berkesan untuk merawat kanak-kanak yang kecacingan. Bagi mereka yang menhidapi sakit tekak apabila diserang batuk , penyakit ini dapat dirawat dengan biji timun dimana sedikit biji timun dicampurkan dengan sedikit garam dan dikumuh beberapa kali sehari. Pengamalan ini dapat mengembalikan suara yang hilang. Selain itu, penyakit sampu pucat iaitu sejenis penyakit pening-pening yang berterusan sehingga dapat menurunkan berat badan dapat diatasi dengan pengamalan makan timun mentah atau yang telah dimasak.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Timun, CC BY-SA 4.0.