Plant Wiki

Plant Wiki › Borneo camphor

Kapur barus

Dryobalanops aromatica · Borneo camphor

Bahasa lain: English · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Kapur barus
Foto: Borneo camphor

Kapur barus (atau hanya kapur; nama saintifik: Dryobalanops aromatica) ialah tumbuhan yang terancam genting dalam keluarga Dipterocarpaceae. Spesies ini salah satu sumber penting kapur barus dan menjadi tarikan awal pedagang Arab datang ke Borneo lantaran nilainya pada ketika itu melebihi emas, dan dapat dijadikan setanggi dan minyak wangi. Ia ditemukan di Sumatera, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Ia ialah pokok timbul besar yang melebihi 65 m bahkan 75 m tinggi, yang dijumpai di hutan dipterokarpa campuran di tanah berpasir kuning dalam yang lembap. Ia ialah kayu keras berat yang dijual atas nama dagang "Kapur". Ia dicatatkan di sekurang-kurangnya di dua kawasan terlindung iaitu Taman Negara Lambir and Gunung Mulu. Bergenin, malaysianol A, laevifonol, ampelopsin E, α-viniferin, ε-viniferin dan diptoindonesin A dapat diasingkan daripada kulit batang D. aromatica. Dryobalanops aromatica ialah satu daripada beberapa spesies pokok yang terkenal memaparkan kelakuan yang dipanggil keseganan silara.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Kapur barus (pokok), CC BY-SA 4.0.