Plant Wiki

Plant Wiki › Sunflower

Helianthus

Helianthus · Sunflower

Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Helianthus
Foto: Sunflower

Helianthus ( daripada Yunani: ήλιος Hēlios "matahari" dan ανθός anthos "bunga") ialah genus tumbuhan berbunga yang terdiri daripada lebih kurang 70 spesies yang semusim dan saka dalam keluarga Asteraceae yang umumnya disebut bunga matahari. Hampir semua spesies genus ini berasal dari Amerika Utara dan Amerika Tengah kecuali tiga spesies yang datang dari Amerika Selatan. Dua spesies dari genus ini iaitu Helianthus annuus dan Helianthus tuberosus (Jerusalem artichoke) ditanam di wilayah beriklim sederhana sebagai tanaman makanan dan tumbuhan hiasan.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Helianthus, CC BY-SA 4.0.