Ubi kayu
Manihot esculenta · Cassava
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Ubi kayu, ubi benggala, ubi belanda, ubi gajah, ubi jenderal, ubi perancis, ketela kayu, singkung atau singkong (nama botani: Manihot esculenta sin. Manihot utilissima) ialah spesies tumbuhan tropika dan subtropika dari keluarga Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia. Ubi ini ialah sumber karbohidrat makanan beriklim tropika ketiga terbesar di dunia selepas padi dan jagung.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Ubi kayu, CC BY-SA 4.0.