Ketum
Mitragyna speciosa · Kratom
Bahasa lain: English · 中文 · Bahasa Indonesia · Español
Ketum, juga dikenali sebagai biak (bahasa Inggeris: Kratom), ialah sejenis tumbuhan daripada famili Rubiaceae yang banyak terdapat di Afrika, di utara dan tengah Semenanjung Malaysia serta di selatan Thailand. Di Thailand, pokok ini dipanggil Kakuam, Ithang atau Thom, di Amerika Syarikat pula sebagai Kratom. Nama botaninya Mitragyna speciosa (Korth.) Havil. Ketum mempunyai sifat opioid dan beberapa kesan seperti perangsang. Setakat 2018, keberkesanan dan keselamatan Ketum tidak jelas dan tidak dipersetujui sebagai agen terapeutik kerana kekurangan kualiti penyelidikan. Pada tahun 2019, Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) menyatakan bahawa tidak ada bukti bahawa ketum selamat atau berkesan untuk merawat sebarang keadaan. Sebilangan orang mengambilnya untuk melegakan sakit kronik, untuk merawat simptom pengeluaran opioid,atau untuk tujuan rekreasi. Permulaan kesan biasanya bermula dalam lima hingga sepuluh minit dan berlangsung selama dua hingga lima jam. Daun ketum telah lama menjadi bahan perubatan tradisional sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Ketum, CC BY-SA 4.0.