Kertau
Morus · Mulberry
Bahasa lain: English · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Kertau, bebesaran atau mulberi ialah sejenis tumbuhan dalam genus Morus dari keluarga Moraceae. Genus ini terdiri dari 64 spesies yang bertaburan asal dari kawasan beriklim sederhana dunia, Genus ini mempunyai tiga spesies terkenal iaitu kertau putih (Morus alba), kertau merah (M. rubra) dan kertau hitam (M. nigra) dengan banyak kultivar. Pokok-pokok ini terkenal akan penggunaan dedaunannya sebagai makanan ulat sutera. Selain itu, andalas (Morus macroura), salah satu spesies dalam genus ini, batangnya sering digunakan untuk dibuat parket lantai rumah atau marmar yang kuat dan keras.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Kertau, CC BY-SA 4.0.