Plant Wiki

Plant Wiki › Devilwood

Osmanthus

Osmanthus · Devilwood

Bahasa lain: English · 中文 · Bahasa Indonesia · Español

Osmanthus
Foto: Devilwood

Osmanthus adalah genus dari sekitar 30 spesies tanaman berbunga yang termasuk dalam keluarga Oleaceae. Sebahagian besar spesies ini berasal dari Asia timur (Tanah Besar China, Jepun, Korea, Indochina, Himalaya, dll) tetapi ada juga beberapa spesies yang berasal dari Kaukasus, Nouvelle-Caledonie dan Sumatera. Dua spesies dalam genus ini yang boleh didapati dalam rantau Nusantara ialah Osmanthus scortechinii di Thailand, Semenanjung Malaysia dan pulau Sumatera serta Osmanthus sumatranus di Sumatera sendiri. Spesies paling terkenal dari genus ini adalah Osmanthus fragrans (Bahasa Cina: 桂花; pinyin: guìhuā) yang diambil bunganya dan dicampur seduh dengan daun teh hitam atau hijau, air seduhan ini (Bahasa Cina: 桂花茶; pinyin: guìhuāchá) digemari dalam perubatan tradisional Cina kerana dipercayai dapat meningkatkan corak kulit dan membantu membersihkan tubuh daripada sisa nitrogen monoksida yang dikaitkan dengan pembentukan barah, kencing manis, dan penyakit ginjal.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Osmanthus, CC BY-SA 4.0.