Plant Wiki

Plant Wiki › Guava

Jambu batu

Psidium guajava · Guava

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Jambu batu
Foto: Guava

Jambu batu (Jawi: ‏جمبو باتو‎‎) atau jambu biji (Psidium guajava Linn) merupakan buah-buahan tropika. Nama saintifik jambu batu adalah dari cabang Myrtoideae keluarga "Myrtaceae". Jambu batu banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Jambu batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico iaitu di kawasan tropika Amerika. Jambu batu tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Jambu batu, CC BY-SA 4.0.