Bendi
Abelmoschus esculentus · Okra
Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Bendi (Jawi: بيندي), kacang lendir (Jawi: كاچڠ لندير), kacang bendir atau nama saintifiknya Abelmoschus esculentus juga mempunyai nama panggilan lain iaitu 'kacang mior' merupakan tumbuhan berbunga yang menghasilkan s buah yang dimakan sebagai sayuran. Ia banyak ditanam di negara-negara yang beriklim panas lembap seluruh dunia termasuk Afrika, India dan Brazil. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus. Bendi sesuai ditanam sebagai komoditi komersial dan tanaman keliling rumah dalam pasu atau polibeg sebagai satu program Bumi Hijau.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Bendi, CC BY-SA 4.0.