Plant Wiki

Plant Wiki › African Baobab

Pokok botol

Adansonia digitata · African Baobab

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Pokok botol
Foto: African Baobab

Pokok botol, baobab Afrika atau nama saintifiknya Adansonia digitata merupakan spesies pokok baobab (atau genus Adansonia) paling luas tersebar di benua Afrika khususnya kawasan savana kering panas sub-Sahara. Ia turut tumbuh di kawasan berpenduduk dan tersebar menurut kawasan pertanian. Di had utara taburannya di Afrika dikaitkan dengan pola hujan; hanya di persisiran Lautan Atlantik dan di Sudan ia sekali-sekala terdapat secara semulajadi di Sahel. Di persisiran Altantik, ini mungkin tersebar selepas pertanian. Ia terdapat sekali-sekala di Afrika Tengah, dan ia hanya didapati di bahagian amat utara di Afrika Selatan. Di Afrika Timur, pokok Botol turut tumbuh di "Scrubland" dan di persisiran. Di Angola dan Namibia, pokok Botol tumbuh di kawasan berhutan, dan di daerah persisiran, sebagai tambahan di savanah. Ia turut didapati di kawasan Dhofar di Oman dan Yemen di Semenanjung Arab, Asia. Pokok ini turut dijumpai di India, terutama di kawasan kering India.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Pokok botol, CC BY-SA 4.0.