Bawang
Allium · Onion
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Bawang (Jawi: باوڠ) ialah suatu sayur dalam genus monokotiledon tumbuhan berbunga Allium. Genus ini mengandungi ratusan spesies dan telah dituai sepanjang sejarah manusia, namun hanya belasan yang masih penting secara eknonomi hari ini sebagai tanaman sayur. Sebahagian yang lain pula dijadikan pokok hiasan. Saudara terdekatnya termasuk bawang putih, daun bawang, lik, dan bawang cina. Nama saintifik bawang ialah Allium sp. iaitu perkataan Latin bagi bawang putih dikatakan datang daripada bahasa Greek αλεω, "elak", kerana baunya yang busuk. Bawang merupakan umbisi pokok yang tertanam dalam tanah. Bagaimanapun bawang berbeza dengan ubi-ubi lain disebabkan bawang terbentuk daripada lapisan-lapisan daun yang berpadu membentuk bawang.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Bawang, CC BY-SA 4.0.