Plant Wiki

Plant Wiki › Garden asparagus

Asparagus

Asparagus officinalis · Garden asparagus

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Asparagus
Foto: Garden asparagus

Asparagus (Jawi: ‏أسڤاراݢوس‎‎), sapersi, sepersi, saperji, akar parsi atau akar separuh keras (nama botani: Asparagus officinalis) adalah tumbuhan saka berbatang nipis yang berasal dari daerah timur Mediterranean, tetapi juga tumbuhan asli di kebanyakan negara Eropah, utara Afrika dan barat Asia. Ia juga diklasifikasikan sebagai sayur-sayuran kerana pucuk mudanya (rebung) yang keluar dari pangkal pokok dari bawah tanah boleh dituai dan dimakan. Ia kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, natrium, kalium, vitamin A dan C dan niasin. Di kawasan Asia Tenggara, asparagus ditanam di Malaysia, Indonesia dan Thailand iaitu di kawasan tanah tinggi dan ada juga di kawasan tanah rendah. Malaysia menanam asparagus di kawasan tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Kundasang dengan anggaran keluasan direkodkan sekitar 160-175 hektar setiap tahun. Penanaman asparagus dunia ialah sekitar 150,000 hektar setiap tahun dengan anggaran pengeluaran sebanyak 500,000 metrik tan. Penanaman asparagus paling luas ditanam di kawasan Amerika Utara (52,000 ha) diikuti dengan Eropah (45,000 ha) dan kawasan Asia (20,000 ha) setiap tahun.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Asparagus, CC BY-SA 4.0.