Plant Wiki

Plant Wiki › Bilimbi

Belimbing buluh

Averrhoa bilimbi · Bilimbi

Bahasa lain: English · 中文 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Belimbing buluh
Foto: Bilimbi

Pokok Belimbing Buluh (nama lain: Belimbing asam) ialah sejenis buah-buahan yang berasal daripada Indonesia. Buah belimbing berbentuk kecil dan empat segi panjang, dan jarang dimakan segar kerana rasanya terlalu masam. Buah yang hampir masak biasanya digunakan sebagai penyedap rasa, dan sebagai ramuan sambal yang menjadi pencecah untuk sayuran tradisional, serta masakan seperti ikan kari asam pedas dan udang lemak kuning. Buah belimbing buluh dapat menghilangkan rasa hanyir, terutamanya ikan-ikan darat (ikan air tawar). Oleh itu, buah ini sering digunakan untuk masakan orang Melayu dan orang Cina.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Belimbing buluh, CC BY-SA 4.0.