Plant Wiki

Plant Wiki › Field mustard

Sawi bunga

Brassica rapa · Field mustard

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Sawi bunga
Foto: Field mustard

Brassica rapa ialah tumbuhan yang terdiri daripada pelbagai subspesies yang banyak ditanam termasuk turnip (sayuran akar); kubis cina, bomdong, dan rapini (sayur-sayuran daun); dan Brassica rapa subsp. oleifera, sejenis bijian minyak. Minyak yang diperbuat daripada benih ini kadang-kadang juga dipanggil canola atau colza, yang merupakan salah satu sebab mengapa kadang-kadang keliru dengan minyak rapeseed, tetapi ini berasal dari spesies Brassica yang berbeza (Brassica napus). Biji-bijian yang dikenali sebagai canola kadang-kadang adalah jenis tertentu Brassica rapa (di kenali sebagai Canola Poland) tetapi biasanya spesies yang berkaitan Brassica napus (rapeseed) dan Brassica juncea (sawi hijau dan mizuna). Penyelidik di University of Wisconsin-Madison secara selektifnya membesarkan satu subspesies B. rapa untuk mempunyai kitaran hayat yang sangat pendek untuk digunakan sebagai organisma model dalam pendidikan dan eksperimen. Aneka ini dikenali dengan nama dagangnya "Wisconsin Fast Plants."

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Sawi bunga, CC BY-SA 4.0.