Kuinoa
Chenopodium quinoa · Quinoa
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Kuinoa atau kinoa (bahasa Inggeris: quinoa, dari Bahasa Quechua kinwa atau kinuwa) adalah nama biasa untuk Chenopodium quinoa, sejenis tanaman berbunga di dalam keluarga bayam iaitu Amaranthaceae. Ia adalah sejenis tumbuhan semusim yang diusahakan untuk dimakan biji benihnya sebagai bijirin. Tumbuhan ini tidak mempunyai sifat yang sama seperti rumput, oleh itu ia bukanlah jenis bijirin yang sebenar (pseudocereal). Kuinoa berkait rapat dengan tumbuhan-tumbuhan lain yang boleh dimakan seperti ubi bit, bayam, dan bayam Jepun. Setelah penuaian, biji-biji yang dikumpulkan diproses untuk membuang lapisan luar yang mengandungi saponin, sejenis kimia pahit. Bijirin yang terhasil ini boleh dimasak dengan cara yang sama seperti beras dan ia boleh digunakan dalam pelbagai hidangan. Daun kuinoa kadangkalanya juga boleh dimakan sebagai daun sayur-sayuran seperti bayam, namun ia sukar didapati. Kandungan khasiat bijirinnya yang telah dimasak adalah setanding dengan bijirin-bijirin lain seperti gandum dan nasi di mana ia dapat membekalkan jumlah serat dan mineral yang sederhana.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Kuinoa, CC BY-SA 4.0.