Moringa
Moringa · Moringas
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Español

Moringa adalah satu-satunya genus dalam keluarga Moringaceae. Ia mengandungi 13 spesies, yang terdapat di tropika dan subtropika di Afrika dan Asia dan berukuran dari tumbuhan herba kecil hingga pokok yang besar. Spesies Moringa tumbuh dengan cepat di pelbagai jenis persekitaran. Spesies yang paling banyak ditanam adalah kelur/merunggai (Moringa oleifera) berasal dari kaki bukit Himalaya di barat laut India, pokok serbaguna yang ditanam di seluruh tropika dan dipasarkan sebagai suplement makanan, makanan kesihatan atau amalan herba. Buah dari Moringa oleifera ("drumsticks") semakin banyak dimakan sebagai makanan di banyak bahagian dunia, tetapi terutamanya di Asia Selatan. Daun digunakan secara umum untuk membuat teh. Minyak dibuat dari biji, sementara serbuk boleh dibuat dari daun dan akar.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Moringa (genus), CC BY-SA 4.0.