Rosmari
Salvia rosmarinus · Rosemary
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español
Rosmari atau rosemari (nama saintifik pasca-2017: Salvia rosmarinus) adalah tumbuhan herba daripada keluarga Lamiaceae berasal dari kawasan Mediterranean benua Eropah. Tumbuhan ini ditanam terutamanya sebagai herba pelbagai guna dalam masakan dan ubatan tetapi juga untuk tujuan hiasan taman atau kebun. Tumbuhan ini dikatakan dapat meningkatkan memori. Nama herba ini serapan bahasa-bahasa Inggeris dan Belanda meminjam bahasa Latin rōs marīnus bermaksud "embun laut".
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Rosmari, CC BY-SA 4.0.