Zizania
Zizania · Wild rice
Bahasa lain: English · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Zizania ialah genus tumbuhan terdiri daripada empat spesies rumput yang diramu dan dituai biji-biji benihnya sebagai bijirin di kedua-dua Amerika Utara dan China, namun kurang di China, di mana batang pokok digunakan sebagai sayur. Bijian spesies-spesies Zizania mempunyai salut luar yang kenyal dengan bijian dalam lembut yang ada sedikit rasa tumbuh-tumbuhan. Nama setempat tumbuhan ini ialah ᒪᓅᒥᓐ manoomin dalam bahasa Ojibwe. Spesies-spesies genus ini hidup di perairan cetek tasik-tasik kecil dan anak-anak sungai yang mengalir perlahan; selalunya, hanya batang-batang bulir bunga sahaja yang muncul timbul atas air. Bijirin ini dimakan oleh beberala spesies itik liar dan hidupan air liar yang lain.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Zizania, CC BY-SA 4.0.