Sukun
Artocarpus altilis · Breadfruit
Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Sukun (Jawi: سوكون), kulur (Jawi: كولور) atau nama saintifiknya Artocarpus altilis ialah tumbuhan dalam genus Artocarpus dalam famili Moraceae serumpun dengan nangka dan cempedak. Pokok sukun dipercayai berasal dari Asia Tenggara tersebar ke Polynesia; ia kini banyak terdapat di kawasan tropika lain seperti di Sri Lanka dan Kepulauan Pasifik yang lain bahkan juga tersebar ke Caribbean dan Amerika Selatan dibawa para pelayar Barat menjajah Dunia Baru. Pokol sukun terdiri daripada dua variasi iaitu yang menghasilkan buah berbiji dan tanpa berbiji; sukun berbiji biasanya terdapat di kawasan hutan. Manakala variasi yang biasa dimakan ialah dari jenis tanpa biji.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Sukun, CC BY-SA 4.0.