Plant Wiki

Plant Wiki › Avocado

Avokado

Persea americana · Avocado

Bahasa lain: English · 中文 · 日本語 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Avokado
Foto: Avocado

Avokado (Jawi: ‏اۏوکادو‎‎), alpukat (Jawi: ‏‏الڤوکت‎‎‎‎), adpokat (Jawi: ‏ادڤوکت‎‎ ; juga: apukat, apukad, pukat) atau buah tempurung (Jawi: ‏‏بواه تمڤوروڠ‎‎‎‎ , nama botani: Persea americana) ialah sejenis tumbuhan dari genus Persea keluarga Lauraceae. Ia menghasilkan buah yang mengandungi biji tunggal besar dengan isi yang lemak lembut apabila cukup masak. Pokok ini bertaburan asal di Mesoamerika meliputi tengah negara Mexico dan Guatemala, tetapi tersebar luas secara penanaman di kawasan-kawasan tropika (termasuk sejauh Nusantara) dan iklim Mediterranean seluruh dunia. Buah ia banyak dimanfaatkan sebagai buah segar atau diproses lanjut untuk pelbagai kegunaan.

Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D

Teks daripada artikel Wikipedia Avokado, CC BY-SA 4.0.