Kedondong
Spondias dulcis · Jewish plum
Bahasa lain: English · 日本語 · Bahasa Indonesia · தமிழ் · Español

Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN & negara-negara Tropika yang lain. Ia juga terdapat di kawasan Caribbean dan Polynesia Nama botaninya Canarium spp. Buah kedondong dipanggil dengan nama buah Amrah di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia (Perak, Kedah, Perlis & Pulau Pinang). Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini. Ia juga dikenali sebagai ambarella (ඇඹරැල්ලා) atau June Plum di Sri Lanka. Ia sejenis pohon tropika. Di negara-negara Caribbean berbahasa Inggeris is dikenali sebagai Golden Apple dan di bahagian lain Caribbean sebagai pommecythere atau cythere. Di Polynesia ia dikenali sebagai vī.
Halaman penuh dalam bahasa Inggeris: penjagaan, keselamatan dan model 3D
Teks daripada artikel Wikipedia Kedondong, CC BY-SA 4.0.